Labels

renungan (4) mauidzah (3) english (2) journey (2) kesihatan (2) info (1) nasyid (1) relaks sat (1) tokoh (1)

Sunday, 15 January 2012

Kerana Sebuah Tarbiyyah

Bismillahirrahmanirrahim



Apa bezanya tarbiah kita ni dengan ceramah?

Kenapa perlu susah-susah berusrah? Tak cukup ke pergi masjid dengar ceramah?

Tak pun dengar je halaqah dan usrah di TV 9, tak boleh ke?

Kenapa kena pergi program,daorah,jaulah,rehlah ?

Kenapa???????

Kenapa bersusah-susah?

( senyum..)

lihat surah Al-balad ayat 4

Allah menciptakan manusia hakikatnya dalam sentiasa dalam keadaan bersusah payah.

Kalau dia tidak bersusah payah dalam perkara kebaikan, maka dia tetap akan bersusah payah dalam perkara kejahatan..

Maka, oh biarlah ku bersusah payah untuk perkara kebaikna ni kan?

moga-moga pahala dan kebaikannya juga untuk kamu yang sintiasa di hati ini.

Terima kasih kerana memahami dan mendukungku

Ku mengharap restumu dan doa agar aku terus bersusah-susah begini..

Kerana aku kerap kali memikirkan karaya apakah yang layaknya dipersembahkan buat Tuhan dan aku mengharapkan andai tamat tempohku di bumi ini, aku bisa pulang menghadap Illahi dengan senyuman di wajah...
Kerna aku seorang pejuang..




Lalu andainya masih ada yang bertanya

apa istimewanya tarbiyah yang didukung ini??

mahu saja aku berkata begini

kerana tarbiyah sifatnya mengubah!!!

aku yang dahulu begitu dan begitu

kini begini dan begini..

ah, bagaimana itu?

aku begini kerana tarbiyah ini hadiah indah titipan Illahi

agar aku bisa bertemunya kelak dalam keadaan terpuji dan suci..

Kerana tarbiyah sifatnya mengubah

maka aku di sini pada hari ini bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam

dan betapa indahnya perubahan ini kerana didorong atas rasa cinta

mahu mempersembahkan yang terbaik buat pencipta

bukan atas paksaan, bukan ikut-ikutan, bukan perasan-perasan.

tentunya, aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini

dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat

walau tidak terbalas kurniaan Illahi Yamng Maha Hebat

tapi cukup untuk menjadi tanda mensyukuri segala nikmat..

AYUH,,,

ambil ubat ini wahai umat..
dan kita bakal bahagia kelak..
pasti, dengan izin Allah..

cahayapetunjuk  : TARBIAH BUKAN SEGALA-GALANYA TAPI NAK SEGALA-GALANYA PERLUKAN TARBIAH..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...