Subhanallah,,rindunya nak menulis!!! hehehe
oke..nak dijadikan cerita,,minggu lepas, semasa saya dalam perjalanan pulang dari English class, saya singgah untuk solat Zuhur di surau sebuah stesen lrt di KL (nama tmpat tu trpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan..huhu)..selesai memberi salam yang kedua, saya pusing kebelakang dan lihat ada sorang makcik cleaner ni (saya tahu dia cleaner sebab pakaian dia) baru nak solat,,yang menariknya, saya tengok dia tukar pakaian dia dulu before dia solat..mungkin pakaian dia terkena najis waktu dia cuci toilet tadi..tiba2 terdetik dalam hati saya " Bagusnya mak cik ni,,still jaga solat walaupun sedang kerja"
lepas habis je solat, saya tengok mak cik ni terus tukar pakaian kerja dia and sambung kerja balik,,yang buat saya kaget ialah......dia tak pakai tudung..hurm,,dayah, rilek2..sangka baik dulu~~mungkin tudung dia jatuh kat toilet kot,,huhu..tu je 'sangkaan baik' yang saya terfikir masa tu..
Firman Allah yang bermaksud “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 45).
awk solat, saya solat..ramai orang yang solat,,tapi kenapa masih ada lagi perbuatan mungkar dan maksiat sedangkan pelakunya adalah orang yang tidak pernah meninggalkan solat? Bukankah kehidupan realiti ini menggambarkan ianya seolah-olah bercanggah dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran.
Sebenarnya, hakikat maksud al-Quran itu langsung tidak bercanggah dengan realiti kehidupan manusia. Boleh jadi solat yang dilakukan kita itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki dalam menghindarkan diri dari perbuatan mungkar.
Jadi tidak menghairankan apabila Nabi SAW meletakkan graf tertentu kepada pelaku solat. Ada yang solat yang sempurna dan ada sebaliknya. Baginda pernah bersabda :
Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.
Justeru, kalau kita masih lagi melakukan kemungkaran padahal kita bukanlah daripada golongan mereka yang meninggalkan solat,,koreksi balik diri kita..apakah solat kita memenuhi kriteria dan mematuhi syara' seperti yang telah ditetapkan oleh Allah? Bagaimanakah wudhu' kita? bersihkah pakaian kita? Riya'kah kita? Atau kita hanya solat kerana terpaksa? Takut dimarahi ibu bapa? Atau kita benar-benar ikhlas dan menghayati setiap rukunnya? anda...ada jawapannya
sumber : http://www.imamudasyraf.com
sumber : http://www.imamudasyraf.com
cahayapetunjuk : doakan semoga makcik tersebut akan menjaga auratnya seperti dia menjaga solatnya,,insyaAllah =)



No comments:
Post a Comment