Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulilah..
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Yang Esa sebab telah memudahkan perjalanan untuk bertemudengan burabbi yang tercinta..Surau Al-Falah menjadi saksi rindunya hati ini pada sekalung pesanan dari daie yang dikasihi..Semalam, tanggal 8/12/2011 Ust Hafidzi ada buat liqa' wida dengan student f5 buat kali terakhirnya..mula2 ingatkn xleh pergi sbb ayah kerja tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan, ayahanda tercinta sudi menghantar..di sini saya kongsikan tinta mutiara ustaz, moga2 bisa menjadi peringatan dalam menempuh hari yang mendatang...

dunia itu diibaratkan manis dan hijau(indah)..
namun kemanisan dan keindahan itu hanyalah duta dan palsu belaka..
semestinya kalian akan menempuhi suatu kehidupan dunia yang dipenuhi perhiasan serba kepalsuan..
maka bersiap-siagalah nanti..kelak engkau tidak akan hanyut bersama kepalsuan tersebut..
yang benar hanyalah di dunia sana iaitu Hari Akhirat saperti yang difirmankan dalam surah An-Naba'.."dzalika al yaumu al-Haq"
oleh itu, di luar sana akan terzahirlah segala sifat, jiwa dan dirimu yang sebenar..
dan perkara tersebut bisa diketahui dengan melihat bersama siapa temanmu..
justeru carilah teman yang baik..kerana tak rugi menjadi baik..hatta manusia ini hakikatnya didisiplinkan dengan aturan Allah..
jangan pernah ada keinginan untuk mencuba melakonkan watak yang lain
kelak khuatir itulah yang akan menjadi sebahagian daripada dirimu..
sahabat itu penentu agamamu.."katakan dengan siapa engkau berteman, aku aku katakan siapakah engkau"..
engkau bersama dengan teman tersebut atas sebab wujudnya titik persamaan antara kalian..
engkau berteman dengan orang yang kaki masjid..atas dasar indah, manis dan lazatnya berada di rumah Tuhanmu..
engkau berteman dengan orang kaki pasar malam..kerana enaknya berada di tempat tersebut..
dan demikianlah dengan perkara2 lain..
maka,beristiqamahlah dengan jalan kebaikan apabila engkau telah laluinya..
kehidupanmu yang sebenar akan bermula selepas tamatnya zaman persekolahan kelak..
justeru gali dan carilah ilmu sebanyak2nya bukan khusus terhadap bidang
mahupun jurusan yang engkau ceburi..jangan fokus terhadap pembelajaran
sahaja..
maka dengan ilmu tersebutlah mampu kau bezakan antara haq dan yang batil..
dan apabila engkau bergaul sesama manusia..zahirkanlah ketinggian Islam..
tiada alasan untuk engkau mengatakan tidak kerana engkau telah ditanamkan asas Islam dalam dirimu..
kerana yang baik itu adalah yang mengikut acuan Islam..dan acuan Islam itu adalah berdasarkan syariat Allah..
di universiti/mana2 institut pend..
engkau masih bergelar penuntu ilmu atau tholibul 'ilmi..
dan seorang penuntut ilmu ialah orang yang yang paling berhajat kepada Tuhannya..
... minta untuk diberikan kefahaman dan sebagainya..
(kadang2 fikir balik sejauh mana tahap kebergantungan dan pengharapan
kita kepada Allah?sebab itu kekadang susah nak faham sebab bergantung
pada kebolehan diri yang amat terbatas-selingan)
antara waktu yang terbaik antara pen. ilmu dengan Tuhannya adalah sebelum subuh..
seperti yang diketahui..
dan pada waktu itu lunaskanlah segala hajatmu terhadap Tuhanmu..
minta ditemukan dengan segala yang terbaik dalam setiap perkara melalui solat Istikharah..
minta diampunlan segala dosa dan khilaf dalam kehidupan lalu dan yang akan datang..
minta diteguhkan iman agar terus tsabat(tetap)dan istiqamah berada di atas landasanNya..
dan mintalah segala2nya daripada Dia..
antara tanda taubat itu diterima ialah ISTIQAMAH..
istiqamah untuk melakukan kebaikan..berterusan membuat amalan2 seharian..berkekalan menutup aurat dan sebagainya..
paling penting berterusan mengejar Redha Allah dan cinta Rasulullah..
insya Allah..

dan kenapa perlunya Istiqamah?
kerana kita tidak mengetahui perkara2 ghaib iaitu perkara2 yg akan kita
alami pada masa hadapan atau sejam selepas ini..boleh jadi apa2..
yang pasti tanam 100% pengharapan kita pada Dia..ikut cara Dia yang telah ditetapkan..sebab itu adalah yang terbaik..
yang pasti..hiduplah bersama Dia dalam setiap helaan nafasmu apatah lagi tindakanmu..
dan kemudian bermulalah hidupmu di alam perkahwinan dan hidup bermasyarakat..
carilah pasangan yang baik..yang menamkan kalimah Allah dalam dirinya kerana itu akan mencorakkan zuriat keturunanmu kelak..
... dan dalam kehidupan bermasyarakat..engkau akan mengikut agama pemimpinmu..
jika baik pemimpin maka baiklah rakyatnya..
jika pemimpinnya orang yang melakukan rasuah,maka rakyat akan punah..
justeru dokonglah pemimpin yang mengamalkan syariat Allah..
insya Allah..
sahabat2..semoga terus tsabat di atas jalannya..
berubahlah kepada sesuatu yang lebih baik..dan tambah2lah kebaikanmu..
keluarlah dari duniamu dan lihatlah dunia ketetapanNya kerana engkau
pasti akan bertemu denganNya untuk menetapkan kedudukanmu..Syurga atau
Neraka..
semoga ruh kita tetap bersama di bawah redhaNya meskipun jasad tidak bersua..
insya Allah..
renung2kan..selamat beramal..
bit taufiq wan najah..
cahayapetunjuk : credit to fatin asfiah for this precious note,,may Allah bless yo dear =)
No comments:
Post a Comment