Labels

renungan (4) mauidzah (3) english (2) journey (2) kesihatan (2) info (1) nasyid (1) relaks sat (1) tokoh (1)

Friday 18 May 2012

UJIAN,,,Terujikah aku??

UJIAN,,kenapa aku diuji?

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)







Kenapakah kita diuji? 


oke,,jom fikir jap..apa akan jadi pada hidup kita kalau kita tak diuji? Awak sekolah kan? kat sekolah ada exam tak? Kenapa mesti exam? Tak boleh ke just belajar? ( senyum ),,,lepas exam tu mesti ada result kan? and result tersebut menentukan samada awak ni betul2 belajar, belajar main2 or tak belajar langsung,,kan kan kan?? (maaf terkasar bahasa)


awak, samelah jugak halnya dengan hidup kita. kenapakah kita diuji? ujian hidup ini sebenarnya merupakan kayu pengukur aras keimanan dalam hati kita..samada kita full time beriman, or sometime ataupun no time beriman (nauzubillahi min zalik) ,,dan ujian yang Allah berikan kepada setiap manusia datang dalam bentuk yang berbeza,,ada yang diuji dengan kesenangan, kematian, kejayaan, kesempitan hidup dan macam2 lagi..bukankah Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dengan kesanggupannya ?? =)

Jom alihkan pandangan mata kita ke arah LAUT (bayangkan jela), airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan..Tapi awak tahu ke apa yang ada kat dalam tu? Tak kan? Hanya Allah je yang tahu rahsia di dalamnya. Samalah jugak halnya dengan manusia, ada yang gembira, ketawa tapi hanya Allah je yang tahu rahsia hidupnya. Kalau awak rasa kecewa, cuba alihkan pandangan awak ke arah SUNGAI (bayangkan lagi), air sungai tu tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan kalau awak rasa sedih, cuba awak pandang ke arah LANGIT, awak seharusnya sedar dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama awak.

So apa yang perlu awak buat? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu awak. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah S.W.T sebab Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya,,kan Allah itu Maha Mendengar.


Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)
Jom dekatkan diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa kita perlulah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 


cahayapetunjuk : Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya,,duhai hati tabahlah kembali.. jom hayati nasyid di bawah~~moga2 ada manfaat yang bisa diamalkan, InsyaAllah =)


Thursday 17 May 2012

I'm proud to be a Muslimah



cahayapetunjuk : I'm proud to be a Muslimah,,don't you??? =)

Dia sembahyang tapi...

Bismillahirrahmanirrahim,,


Subhanallah,,rindunya nak menulis!!! hehehe


oke..nak dijadikan cerita,,minggu lepas, semasa saya dalam perjalanan pulang dari English class, saya singgah untuk solat Zuhur di surau sebuah stesen lrt di KL (nama tmpat tu trpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan..huhu)..selesai memberi salam yang kedua, saya pusing kebelakang dan lihat ada sorang makcik cleaner ni (saya tahu dia cleaner sebab pakaian dia) baru nak solat,,yang menariknya, saya tengok dia tukar pakaian dia dulu before dia solat..mungkin pakaian dia terkena najis waktu dia cuci toilet tadi..tiba2 terdetik dalam hati saya " Bagusnya mak cik ni,,still jaga solat walaupun sedang kerja"


lepas habis je solat, saya tengok mak cik ni terus tukar pakaian kerja dia and sambung kerja balik,,yang buat saya kaget ialah......dia tak pakai tudung..hurm,,dayah, rilek2..sangka baik dulu~~mungkin tudung dia jatuh kat toilet kot,,huhu..tu je 'sangkaan baik' yang saya terfikir masa tu..



Firman Allah yang bermaksud “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Ankabut: 45).



awk solat, saya solat..ramai orang yang solat,,tapi kenapa masih ada lagi perbuatan mungkar dan maksiat sedangkan pelakunya adalah orang yang tidak pernah meninggalkan solat? Bukankah kehidupan realiti ini menggambarkan ianya seolah-olah bercanggah dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran.
Sebenarnya, hakikat maksud al-Quran itu langsung tidak bercanggah dengan realiti kehidupan manusia. Boleh jadi solat yang dilakukan kita itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki dalam menghindarkan diri dari perbuatan mungkar.
Jadi tidak menghairankan apabila Nabi SAW meletakkan graf tertentu kepada pelaku solat. Ada yang solat yang sempurna dan ada sebaliknya. Baginda pernah bersabda :
Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.
Justeru, kalau kita masih lagi melakukan kemungkaran padahal kita bukanlah daripada golongan mereka yang meninggalkan solat,,koreksi balik diri kita..apakah solat kita memenuhi kriteria dan mematuhi syara' seperti yang telah ditetapkan oleh Allah? Bagaimanakah wudhu' kita? bersihkah pakaian kita? Riya'kah kita? Atau kita hanya solat kerana terpaksa? Takut dimarahi ibu bapa? Atau kita benar-benar ikhlas dan menghayati setiap rukunnya? anda...ada jawapannya




sumber : http://www.imamudasyraf.com
cahayapetunjuk : doakan semoga makcik tersebut akan menjaga auratnya seperti dia menjaga solatnya,,insyaAllah =)

Wednesday 16 May 2012

Seiring Sehaluan



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah



cahayapetunjuk : this song make me remind to all of my sahabat,,since i was in pasti ( kindergarten ) until im graduated as high school student~~they always support me whenever i felt down,,always comfort me and guide me to the righ path,,dear my wonderful friends, wherever u are,,my pray will always be with you..thanks for being such awesome frenz..i love  guys :) frineds till jannah <3 =)

Sunday 8 April 2012

C.I.N.T.A



cahayapetunjuk : ehem..ehem,,,rasenya semua dah boleh faham kan??? =)

Monday 20 February 2012

Jom Makan Sihat Cara Rasulullah



Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan yang bagus.

* Jangan Makan kombinasi makan seperti dibawah ini ;

1. Jangan makan SUSU + DAGING
2. Jangan makan DAGING + IKAN
3. Jangan makan IKAN + SUSU
4. Jangan makan AYAM + SUSU
5. Jangan makan IKAN + TELUR
6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU + CUKA
8. Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL



* Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dulu kemudian barulah makan nasi.

* Tidur 1 jam selepas makan tengahari.

* Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah makan malam sebelum maghrib.



Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-



* Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam?




Mungkin perkara yang disenaraikan dah banyak kali dan biasa sangat kita dengar. Tapi kalau setakat dengar dan tahu saja tapi tak amalkan apalah gunanya. Yang penting…


cahayapetunjuk : Kita baca….kita faham….kita amal….dan kita sebarkan =)

Tuesday 14 February 2012

Apa yang anda suka tentang dunia?


Apa yang kalian suka tentang Dunia'?

Nabi Muhammaad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum

2- Isteri/perempuan yang solehah

3- Ketenangan semasa solat

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah

2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah

3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran

2- Menyuruh kepada kebaikan

3- Berpakaian sederhana


Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar

2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian

3- Membaca Al-Quran

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu

2- Berpuasa di musin panas

3- Berperang pada jalan Allah

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.

2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.

3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku

2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku

3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….



cahayapetunjuk : Jadi, apa yang anda suka tentang dunia?? tepuk dada tanyalah iman ! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...